CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 1 November 2011

Awal Sains

Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untukmeneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria danperalatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yangpositif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains sepertikemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai,membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaandijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan, haiwan), alambahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) danalam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkanpenguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guruperlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripadahasil penerokaan murid.Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empathingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objekseperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluangkepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan dayakreativiti murid dan kemahiran motor halus.

1 comment:

  1. bagus entri ni...

    jom ke blog saya
    http://kimi50.blogspot.com/

    ReplyDelete