CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 31 October 2011

Pada peringkat prasekolah, pendedahan awal kanak-kanak kepada sains penting bagi perkembangan intelek yang lain. Pendidikan sains awal ini perlulah dipupuk dari peringkat awal lagi. Matlamat pendidikan sains untuk kanak-kanak dapat dilihat daripada aspek kemahiran dan pengetahuan. Aspek pengetahuan ditentukan oleh guru dengan mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dan penting diketahui bagi kanak-kanak berfungsi dalam persekitarannya dan yang menarik perhatian mereka.

Pada peringkat prasekolah, pendidikan sains adalah cara kanak-kanak menerokai dunianya. Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan (saya fikir), pemerhatian (saya lihat), dan kesimpulan (saya tahu atau pelajari). Kanak-kanak di peringkat ini belajar dengan melakukan aktiviti dan berfikir dengan apa aktiviti yang dilakukan. Mereka perlulah melakukan aktiviti ini sendiri supaya dapat melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam pelbagai keadaan.

No comments:

Post a Comment