CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 29 September 2011

kurikulum standard prasekolah kebangsaan

REKABENTUK KURIKULUM
Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:
1. Kurikulum berasaskan standard
2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard
Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular
Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:

1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)


TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :
Tunjang Komunikasi
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:
Membaca
Menulis
Mengira
Menaakul

Saturday 24 September 2011

Apa itu NKRA ? apa kaitannya dengan Prasekolah ?

Assalamualaikum..
Inilah antara input yang saya terima ketika Mesyuarat Pengurusan Prasekolah QIT Padang Kalong yang ingin dikongsi bersama ..Saya cuma ingin sentuh secara ringkas NKRA yang berkaitan dengan prasekolah agar jika ditanya tidaklah kita melopong je..ade jugak ditanya NKRA tu apa? dah x boleh nak jawab..bukan cakap kat orang lain..pada mulanya sy pun macamtu la..


NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara)

Empat Teras Pendidikan dalam NKRA
  1. Pendidikan Prasekolah
  2. Literasi dan Numerasi (LINUS)
  3. Sekolah Berprestasi Tinggi
  4. Bai'ah (New Deal)
Bahagian Pendidikan Prasekolah
Tujuh teras utama bagi melaksanakan akses kepada Pendidikan Prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
  1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Peringkat Kebangsaan.
  2. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan.
  4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru.
  5. Menambah bilangan prasekolah di kawasan miskin, bandar, luar bandar dan pedalaman.
  6. Meningkatkan perkongsian Pintar Kerajaan, Swasta dalam Pendidikan Prasekolah.
  7. Mewujudkan sistem maklumat Prasekolah Kebangsaan.