CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 31 October 2011

Pada peringkat prasekolah, pendedahan awal kanak-kanak kepada sains penting bagi perkembangan intelek yang lain. Pendidikan sains awal ini perlulah dipupuk dari peringkat awal lagi. Matlamat pendidikan sains untuk kanak-kanak dapat dilihat daripada aspek kemahiran dan pengetahuan. Aspek pengetahuan ditentukan oleh guru dengan mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dan penting diketahui bagi kanak-kanak berfungsi dalam persekitarannya dan yang menarik perhatian mereka.

Pada peringkat prasekolah, pendidikan sains adalah cara kanak-kanak menerokai dunianya. Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan (saya fikir), pemerhatian (saya lihat), dan kesimpulan (saya tahu atau pelajari). Kanak-kanak di peringkat ini belajar dengan melakukan aktiviti dan berfikir dengan apa aktiviti yang dilakukan. Mereka perlulah melakukan aktiviti ini sendiri supaya dapat melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam pelbagai keadaan.

Pengenalan Sains

Pengenalan sains kepada kanak-kanak prasekolah

Jangan memaksa dan jangan ‘berleter’

Sebagai guru prasekolah, jgn memarahi pelajar prasekolah anda sekiranya mereka tidak memberi tumpuan selepas hanya 5 min anda berkata-kata kerana bukan mereka tidak mahu tetapi mereka tidak mampu berbuat demikian. Otak kanak-kanak belum bersedia dengan aktiviti yang memerlukan mereka untuk duduk dan memberi tumpuan serta fokus terhadap setiap kata-kata anda dalam tempoh yang agak lama. Dalam keadaan ini, kanak-kanak memproses maklumat yang mereka terima dengan agak perlahan dan mereka menggunakan tenaga yang banyak dalam melakukannya. Kita sendiri sebagai orang dewasa akan merasa cukup letih apabila melakukan kerja yang memerlukan kita berfikir sepanjang hari. Dengan memaksa kanak-kanak ini untuk duduk dan mendengar syarahan anda, sebenarnya anda telah meletakkan mereka dalam risiko menghapuskan terus semangat semulajadi mereka untuk belajar terutamanya yang berkaitan dengan sains.

Mengajar dengan cara praktikal “hands-on experiences”

Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara ‘hands-on experiences’ iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Terus terang saya katakana, saat yang paling saya ingati sewaktu di tabika 22 tahun yang lalu ialah semasa bermain ‘plastisin (tanah liat) dan bermain cantuman lego bersama kawan-kawan. Oleh itu pilih aktiviti sains yang menekankan kepada ‘hands-on’ dan hanya memerlukan penerangan ringkas dari anda. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak ini untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar.
Selain itu anda perlu pilih aktiviti sains prasekolah yang secara konsepnya berhubung kait. Walaupun ia seperti melompat dari satu topik ke satu topic yang lain, tetapi dengan cara ini kanak-kanak akan lebih tertarik untuk belajar apabila kita memberi mereka peluang untuk meneroka dan berfikir tentang konsep yang diajar. Untuk menjadikan pengajaran sains itu lebih bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya anda memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung kait. Contohnya konsep “didalam" dan "diluar” atau konsep “ perubahan biologi" dan "kitaran hidup”. Adalah amat penting untuk anda sebagai guru prasekolah untuk kekal mengajar konsep yang sama selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004).
Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains prasekolah yang pelbagai. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini . Contohnya;

Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (cnth: mengira biji benih dalam buah epal;
menanam biji benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar.
Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan sebagainya.
Mengukur pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan
Belajar tentang kesihatan dan penyakit
Mengembangkan lagi minat kanak-kanak

Setiap kanak-kanak mempunyai minat atau kecenderungan pada sesuatu. Minat kanak-kanak ini pelbagai, ada yang menyukai binatang seperti kucing, tidak kurang yang suka melihat kereta dan sebagainya. Oleh itu sebagai guru prasekolah, beri perhatian terhadap minat kanak-kanak prasekolah ini dan cari atau rancang aktiviti sains yang mempunyai kaitan dengan minat mereka.

Sesuaikan aktiviti sains dengan usia mereka

Berhati-hati dengan aktiviti sains yang pada asasnya di buat untuk kanak-kanak yang lebih matang. Guru atau ibu bapa lebih tahu akan tahap pembelajaran anak atau murid mereka,untuk itu adalah sangat penting untuk menyesuaikan aktiviti sains yang dirancang dengan tahap kemahiran kanak-kanak. Elakkan juga aktiviti yang memerlukan banyak penjelasan dan juga perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti medan magnet.

Jadikan alatan-alatan sains sebahagian daripada hidup mereka

Sesetengah aktiviti sains perlu menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan dacing. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakannya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa; bukan sekadar semasa aktiviti prasekolah sahaja.
Sesetangah aktiviti sains memberikan kanak-kanak ruang untuk meneroka sesuatu perkara secara sendiri – tanpa mereka sedari bahawa apa yang mereka terokai itu adalah satu kaedah saintifik. Saya percaya aktiviti sebegini adalah berbaloi. Tetapi jangan pula kita abaikan aktiviti yang kita rancang dengan lebih sistematik kerana kanak-kanak juga menggemari aktiviti yang lebih teratur yang mendedahkan mereka kepada aktiviti saintifik secara ketara. Rochel gelman mensyorkan supaya kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu diperkenalkan dengan perkataan-perkataan berikut:

Perhati
Andaian
Kenalpasti


Pendek kata dalam setiap aktiviti sains yang anda jalankan bersama murid prasekolah, pastikan anda masukkan aktiviti yang memerlukan mrereka memerhatikan apa yang berlaku, kemudian buat andaian apa yang akan berlaku seterusnya dan kenalpasti hasilnya. Jadikan aktiviti sains presekolah sebagai satu peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari kaedah saintifik. Saintis membina hypotesis untuk menerangkan segala apa yang berlaku di dunia ini. Kemudian mereka bertanya kepada diri sendiri apakah akan terjadi andainya hypotesis mereka tepat. Menguji andaian-menganalisa keputusan- adalah intipati kepada kaedah saintifik.

Saturday, 29 October 2011

Lembaran Kerja


Jom,sama -sama kita jalankan aktivit ini dengan anak murid kita.
mesti diaorang suka....!

Cara-cara :

1. warnakan gambar kucing
2. Potong mengikut garisan...
3. Gamkan bahagian badan dan kaki
4. Kucing dah siap berdiri




Kita cuba buat cat mask plak...mesti anak-anak murid kita teruja nak pakai cat mask.



Lembaran Kerja


Jom,sama -sama kita jalankan aktivit ini dengan anak murid kita.
mesti diaorang suka....!

Monday, 24 October 2011

Pinocchio.

Pada zaman dahulu terdapat seorang tukang kayu yang tua dan miskin bernama Geppetto.Dia amat suka membuat patung.Patung kesayangannya ialah Pinocchio.”Alangkah baiknya kalau aku mempunyai anak”kata Geppetto sambil melihat Pinocchio.

Pada malamnya, seorang pari-pari yang baik hati datang ke rumah Geppetto dan mengayunkan tongkat saktinya ke Pinocchio sambil berkata”Esok Pinocchio akan dapat bergerak dan bercakap seperti manusia biasa.”

Pada keesokan harinya, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio boleh bergerak dan bercakap.Dia sangat hairan dan gembira melihat keadaan Pinocchio yang seperti manusia biasa.Geppetto terpaksa menjual baju dan sepasang kasutnya untuk membeli buku untuk Pinocchio belajar di sekolah.Dia memang ingin menyekolahkan Pinocchio. “Sekarang kamu bolehlah belajar seperti budak-budak lain belajar,”kata Geppetto kepada Pinocchio.Semasa berjalan ke sekolah, Pinochio berhenti untuk menyaksikan pertunjukan patung.”Mahukah kamu menyertai pertunjukan ini?”tanya ketua pertunjukan yang jahat .Tanpa berfikir apa-apa, Pinocchio bersetuju.

Ketua pertunjukan patung itu pun mengunci Pinocchio ke dalam
sangkar yang kecil.Pinocchio berasa takut dan ingin pulang ke pangkuan Geppetto.Tanpa disangka, datanglah seorang pari pari yang baik hati membebaskan Pinocchio dari sangkar kecil itu.Pinocchio berasa sangat gembira.”Saya akan terus pergi ke sekolah dan tidak akan singgah ke mana-mana,”kata Pinocchio.

Semasa dalam perjalanan ke sekolah Pinocchio terserempak dengan seekor musang yang jahat.Dia menceritakan tentang sebuah pulau yang indah iaitu Pulau Ria.Pinocchio terlupa akan sekolahnya dan dia menukarkan bukunya dengan tiket ke Pulau Ria.”Kamu hendak pergi ke mana?”tanya pari-pari kepada Pinocchio.”Saya hendah ke sekolah,”Pinocchio berbohong.Tiba-tiba hidung Pinocchio menjadi panjang.Dia berasa menyesal kerana berbohong dengan pari-pari yang telah menyelamatkannya.

Pari-pari itu kasihan melihat Pinocchio .Dia meminta seekor burung untuk mematuk hidung Pinocchio supaya menjadi pendek.Pinocchio berjanji kepada pari-pari bahawa dia tidak akan berbohong lagi.Dia terus pergi ke sekolah.Di sekolah,Pinocchio mengajak kawannya ke Pulau Ria,Dia juga memberitahu tentang keadaan di sana seperti yang diberitahu oleh musang.Kawan Pinocchio bersetuju untuk ke pulau itu.Pinocchio dan kawannya segera ke kapal dan belayar ke Pulau Ria.Setelah tiba di pulau itu Pinocchio dan kawannya telah bertukar bentuk menjadi seekor keldai dan disuruh membuat kerja berat.

Pari- pari muncul lagi untuk membantu Pinocchio dan menukarnya ke rupa asal .Pinocchio segera meninggalkan pulau itu.Dia duduk di sisir pantai dan ingin bertemu dengan Geppetto.Tiba-tiba dia melihat kelibat Geppetto sedang mengayuh sampan.Semasa Geppetto sedang mengayuh sampan,seekor ikan paus muncul dari belakang dan terus menelan Geppetto bersama sampannya.Pinocchio berenang dengan sekuat-kuat hatinya untuk menyelamtkan Geppetto.Apabila Pinocchio hampir dengan ikan paus itu,ikan paus membuka mulutnya dengan luas.Pinocchio terus berenang dan masuk ke dalam mulut ikan paus itu.

Pinocchio berjumpa dengan Geppetto.Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu lagi."Mari kita kumpulkan kayu api dan bakarnya,"kata Geppetto kepada Pinocchio.Asap api membuatkan ikan paus itu membuka mulutnya lalu Pinocchio dan Geppetto pun keluar dari situ.Pinocchio dan Geppetto berenang hingga ke persisiran pantai.Mereka amat letih lalu tertidur di situ.Apabila bangun,Geppetto mendapati bahawa Pinocchio telah berubah menjadi manusia.Dia sangat gembira kerana impiannya untuk memiliki anak sudah tercapai

Saturday, 22 October 2011


SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA.
1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam
1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992 – KPM memulakan Prasekolah
1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9 – KPK disemak semula
RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PERUBAHAN YANG BERLAKU
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
  • Pembangunan modal insan
  • Penghasilan pelajar celik minda
  • Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif
PERUBAHAN YANG DILAKUKAN
1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
2.Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.
3.Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama
4.Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah
5.Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan
6.Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
7.Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

Saturday, 15 October 2011

SENARAI NAMA MURID PRASEKOLAH YANG TERPILIH UNTUK PENDAFTARAN 2011



BIL
NO.
DAFTAR
NAMA MURID
JAN.
(L/P)
NO.SURAT
BERANAK
TARIKH
LAHIR
NAMA IBU BAPA/PENJAGA
ALAMAT
1
PRA 01/11
ABDUL MUAIMAN B IBRAHIM
L
BQ 86139
08/02/2006
IBRAHIM B MAMAT
LOT 1647-B,KG JIAS,JLN PARIT TALI AIR,16450 KETEREH,KOTA BHARU
TEL : 097190234
2
PRA 34/11
LUKMAN HAKIM B MOHAMED
L
BJ 43397
28/05/2006
MOHAMED BIN CHE DAUD
LOT 2355 KG DEWAN BETA,15100 KOTA BHARU
TEL : 0139559541 / 0135955617
3
PRA 48/11
MOHAMAD ADAM FAIZ B YAACOB
L
BS 69345
26/08/2006
YAACOB BIN SAMAT
LOT 2421 KG BELUKAR JENERIH,15100 DEWAN BETA,KOTA BHARU
TEL : 0148225246
4
PRA 22/11
MUHAMAD AFIF AFNAN B MOHD NAZRI
L
BR 27288
26/03/2006
MOHD NAZRI B YUSOFF
LOT 3131 B,KG JENERIH,15100 DEWAN BETA,KOTA BHARU.
TEL : 0139489733
5
PRA 44/11
MUHAMAD FITRI AIMAN B MOHD AZMAN
L
BS 75745
19/10/2006
MOHD AZMAN B MOHD ZAIN
LOT 2237,KG KELADANG BETA,15100 KOTA BHARU
TEL : 0139091450
6
PRA 42/11
MUHAMMAD FIRDAUS AIMAN B MOHD RAFIK
L
BQ 37807
02/03/2006
MOHD RAFIK B OTHMAN
LOT 1685,LORONG KUBUR TAMBAK,KG PINTU GANG,15100 KOTA BHARU
TEL : 0129626945
7
PRA 33/11
MUHAMMAD SYARAFZUDDIEN B OSMAN
L
BS 01159
07/06/2006
OSMAN B YA
LOT 529,KG SERIAN,15100 DEWAN BETA,KOTA BHARU
TEL : 0179273895
8
PRA 49/11
DHIYA QISTINA BATRISYA BT MOHD BAKRI
P
33320
30/05/2006
MOHD BAKRI B HUSSIN
LOT 2303,KEDAI DEWAN BETA,15100 KOTA BHARU.
TEL : 0129590145
9
PRA 18/11
ERINA HANANI BT BADROL RISHAM
P
BR 33328
05/06/2006
BADROL RISHAM B UDIN
LOT 697,KG BUNUT SATUT,BETA HULI 16450 KETEREH,KOTA BHARU
TEL : 0139339298


10


PRA 45/11




HAFIZAH SAFIYYAH BT HASHIM


P


BR 27121


20/03/2006




HASHIM B MAT JALI




45,SRI MELUR,KEDAI DEWAN BETA,15100 KOTA BHARU
TEL : 0139383939
11
PRA 12/11
NUR FARAH HANA BT KAMAL YATIM
P
BS 69450
27/08/2006
KAMAL YATIM B AB RAHMAN
NO PT 66,DEPAN SK DEWAN BETA,15100 KOTA BHARU.
TEL : 0199205329
12
PRA 06/11
NOR FARISHA ELYANA BT SIHABUDIN SURYA
P
BR 35649
18/08/2006
SIHABUDIN SURYA B BASIR
NO 98 KG DEWAN BETA 15100 KOTA BHARU.
TEL : 0179035380
13
PRA 05/11
NUR AIERIEN AMIRA BT MASRUL
P
BT 98722
21/11/2006
MASRUL B YAAKOB
NO 54-A KG MASAR,15100 DEWAN BETA,KOTA BHARU
TEL : 0145452792
14
PRA 20/11
NUR AINA SYUHADAH BT RAZALI
P
BS 77007
07/10/2006
RAZALI BIN SEMAN
NO 63 KG DEWAN BETA,15100 KOTA BHARU
TEL : 0133241789
15
PRA 39/11
NUR AINUL BARIAH BT MUHAMAD KAIRULIZAM
P
BQ 89569
04/04/2006
MUHAMAD KAIRULIZAM B IBRAHIM
LOT 705 JALAN DEWAN BETA,15100 KOTA BHARU
TEL : 0129559426
16
PRA 32/11
NUR SHAFIQA DANISHA BT ERMAN
P
BR 35901
05/10/2006
ERMAN BIN YUSOFF
LOT 2342 KG DEWAN BETA 15100 KOTA BHARU.
TEL : 0129828202
17
PRA 09/11
NUR SYAFIQAH BT DARUS
P
BS 69751
25/10/2006
DARUS BIN ISMAIL
LOT 1258 JLN PASIR MAS SALOR,KG PDG JEMAN,15100 KOTA BHARU
TEL : 01791567633
18
PRA 14/11
NURIN SYUHADA BT CHE ARIFF
P
BJ 43143
16/03/2006
CHE ARIFF BIN SIDIK
NO 67,KG DEWAN BETA,15100 KOTA BHARU
TEL : 0199403935
19
PRA 08/11
NUR SYUHADAH BT DARUS
P
BS 69752
25/10/2006
DARUS BIN ISMAIL
LOT 1258,JLN PASIR MAS SALOR,KG PDG JEMAN,15100 KOTA BHARU
TEL : 01791567633
20
PRA 10/11
NUR SYAZLENNISHA BT MOHD ZAHARI
P
BS 70296
05/09/2006
MOHD ZAHARI BIN ISMAIL
KG DEWAN BETA,15100 KOTA BHARU
TEL : 0139353329
21
PRA 26/11
NURULAIN FARHANA BT MAR RAFI
P
BS 66087
16/07/2006
MAT RAFI BIN ISMAIL
LOT 1869,KG DEWAN BETA,15100 KOTA BAHRU.
TEL : 0139998239
22



PRA 33/11
NURUL ERIKA AVERINA BT MOHD KAMARUDIN
P
BR 29940
26/04/2006
MOHD KAMARUDIN B MAHMOOD
LOT 1327,KG.PADANG JEMAN,15100 KOTA BHARU
TEL : 0148106079
23
PRA 29/11
SITI NORAISYAH AKMA BT ANUAR
P
BS 66317
17/07/2006
ANUAR BIN YUSOFF
KG CHEKELI,15100 KOTA BHARU
TEL : 0148120566

24

PRA 04/11


SITI SYUKRIYAH AMIRAH BT SAIDI

P

BS 73456

25/09/2006


SAIDI BIN ISMAIL


KG PAYA,15100 DEWAN BETA,KOTA BHARU
TEL : 0199422894
25
PRA 03/11
SITI ZUL AMALI BT ZAKARIA
P
BJ 43261
24/04/2006
ZAKARIA BIN IBRAHIM
KG PAYA,15100 DEWAN BETA,KOTA BHARU
TEL : 0199901396
Syarat-Syarat kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM

Syarat-syarat bagi memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia Sahaja - Merujuk kepada peraturan-peraturan (penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).

ii. Kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.

iii. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.

iv. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibubapa/penjaga dari rendah ke tinggi. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang.

v. Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa prasekolah.

Pemilihan Murid Prasekolah 2012

Alhamdulillah...selesai sudah salah satu tugas utamaku di penghujung tahun 2011 ni..pemilihan telahpun dibuat pada 20 September 2011
Terima kasih kepada Jawantakuasa Pemilihan Murid Prasekolah SK.Dewan Beta.

Daripada seramai 30 permohonan, pihak jawatankuasa telah sebulat suara dan telah meneliti kesemua syarat-syarat kelayakan, maka 25 orang murid telah siap dipilih! Alhamdulillah sesi pemilihan berjalan dengan lancar. Kepada murid yang berjaya kami ucapkan TAHNIAH!! dan "Selamat Datang Ke Prasekolah SK Dewan Beta".
Pihak kami akan menghubungi pihak tuan/puan secepat yang mungkin...dan kepada yang tidak berjaya..pihak kami memohon maaf...mungkin bukan rezeki anak anda untuk berada di sini....CUBA lagi lain kali...

Jumpa nanti di hari pendaftaran dan taklimat waris!!
Pengurusan Mata Pelajaran
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandyngan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerqahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukp, memeriksa buku latihan dan meulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.
6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.
7. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
8. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.
9. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.
10. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran sama ada dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
11. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
12. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.
13. Magadakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.
14. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
15. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Pengurusan dan Organisasi Kelas
1. Membentuk organisasi kelas.
2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas
a) Jadual waktu
b) Perabot kelas dan semua peralatan diinventorikan.
c) Motto kelas
d) Alatan pembersihan.
3. Menentukan peralatan eletrik dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
4. Melaporkan perabot dan alatan eletrik yang rosak kepada pihak pentadbiran.
5. Membimibing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid
1. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.
2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan murid ditulis.
3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggara seprti yang diarahkan.
a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.
b) Menjamin keselamatan buku tersebut.

Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin.
1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik danmemberikan hadiah (jika perlu)
3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.

Pendaftaran Murid Baru
1. Menerima kemasukan murid baru.
2. Mendaftarkan murid baru ke dalam buku kemasukan murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid dari buku kemasukan murid daripada Penolong Kanan HEM.
3. Mengambil butir-butir diri murid yang diperlukan.

Guru Bertugas Harian / Mingguan
1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tanda, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit an menghantar mereka ke hospital / ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang memohon.
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.
10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah:
a) kedatangan murid, guru dan staf sokongan
b) murid ponteng, tidak hadir atau sakit
c) lawatan / pelawat
d) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan
e) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan
13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru
telah disediakan.
14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.

Monday, 10 October 2011

Pembantu Pengurusan Murid N17


Pembantu Pengurusan Murid N17

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003
SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID

A. Pengurusan Prasekolah
1. Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.

2. Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan
pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.

3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan
membersih serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.

PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1. Pembantu Pegurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti
berikut:-

Pengurusan Murid Prasekolah

4.1.1. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi
mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi
murid-murid yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan
kewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima
untuk prasekolah.

4.1.2. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
(a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi
meransang bimbingan dan asuhan.
(c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka
dan menjelajah di kalangan muridmurid prasekolah.
(d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya
bersedia untuk belajar.
(e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan
keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan
murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid
berkenaan di bawah jagaannya.
(g) Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
(h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajarandan pembelajaran prasekolah.

4.1.3. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan
seimbang bagi murid-murid prasekolah.
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan
dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum
dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik
darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran
di dalam kelas.

4.1.4. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid
sentiasa berkeadaan bersih.
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi
tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan
murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan
murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di
dalam dan di luar kelas.
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah

Objektif KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut
Jasmani:
•Mempunyai tubuh badan yang sihat
•Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
•Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
•Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
•Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar
Emosi:
•Mempunyai konsep kendiri yang positif
•Mempunyai keyakinan diri
•Mempunyai jati diri
•Berani mencuba
•Mempunyai kematangan emosi
•Menghormati perasaan dan hak orang lain
Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan
Intelek:
•Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia
•Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)
•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)
•Memperolehi kemahiran proses sains asas
•Memperolehi kemahiran matematik asas
•Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul
•Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid
•Mempunyai daya kreatif dan estetika
•Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
Rohani:
•Mengamalkan nilai murni
•Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Sosial:
•Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
•Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
•Menyuarakan pandangan dan perasaan.
•Bekerjasama dengan orang lain

Matlamat KSPK

MATLAMAT KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Matlamat KSPK

MATLAMAT KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.